Tuesday, January 25, 2011

Majlis Hi-Tea PPAI 2011






Tahniah dan syabas kepada semua kulawangsa PPAI kerana telah sama-sama dapat menghadirkan diri utk Majlis Hi-Tea PPAI 2011 yang sungguh barakah serta indah pada 22 Jan 2011 yang lalu bertempat di Emirald Puteri Sg. Petani...Majlis telah diserikan lagi dengan ucapan daripada YDP PIBG Tn. Hj. Shafiee serta Pengerusi LTS PPAI Tn. Hj. Rosli b. Hj. Yusof...
Hidangan yang beraneka rasa dan rupa juga telah menarik minat ramai mualim dan mualimah...Syabas..Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa demi mewujudkan semangat ukhuwah dikalangan sesama tenaga pengajar serta wakil PIBG...Tahniah

Sunday, April 11, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik PPAI 2010


Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Sahsiah 2010 pada 11 April 2010 dengan jayanya. Majlis diserikan lagi dengan perasmian oleh En. Ridzwan bin Ahmad Timbalan SU Jabatan Zakat Negeri Kedah. Majlis yang berlangsung bermula pada 8.00 pagi sehinggalah 12.30 tghari dengan anugerah kepada puluhan pelajar yang cemerlang untuk sekolah rendah dan menengah termasuk UPSR,PMR, SPM, SPPM dan PMRI.....Syabas kepada semua pelajar yang cemerlang. Kelihatan kegigihan pelajar dalam mengharungi matapelajaran yang berjunlah sehingga 18 matapelajaran adalah sesuatu yang tidak mustahil. Semoga pendidikan akademik dan diniah dapat melahirkan pelajar yang terbina dari sudut akademik dan sahsiahnya demi perjuangan islam seterusnya. Agar kelahiran insan yang rabbani akan dapat dizahirkan melalui alam pendidikan di ISLAH ini insyallah. Semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan kepada semua warga PPAI. Aminnnnnnn

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 4



Mesyuarat Kali Ke-4 telah dilaksanakan dengan jayanya di Bilik LTS PPAI pada 10 April 2010 mulai jam 9.00 pg - 1.00 ptg. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam menghasilkan satu output yang bernas lagi berkualiti insyallah. Semoga melalui musyawarah yang sedikit tetapi dapat menghasilkan kuantiti output yang bernilai tinggi. Syabas kepada semua AJK PIBG sesi 2010.

Tuesday, March 16, 2010

SMART LEARNING - TEKNIK FIFA






Syukuran Jazilan kepada Cigku Ismi kerana telah sudi menerima undangan pihak SMAI dan SRAI dalam memenuhi program peningkatan akademik iaitu SMART LEARNING bagi kedua-dua sekolah rendah dan menengah Al-Islah. Sememangnya program tersebut adalah usul yang telah dimenteraikan di dalam mesyuarat PIBG tempohari... Semoga dengan pengenalan teknik FIFA itu nanti dapat membantu sedikit sebanyak kepada para pelajar dalam usaha membuat ulangkaji pelajaran itu nanti...insyallah. Kita hanya mampu berusaha dan Allah yang menentukan keputusannya....Wallahualam

Saturday, February 6, 2010

Salam Ukhwah


Alhamdulillah, syukur ke hadirat Ilahi kerana telah diberi kesempatan dan ruang agar AJK PIBG PPAI sesi 2010 ini dapat menyalurkan sebarang maklumat dan aktiviti terancang dari masa ke semasa dalam konteks ingin menyampaikan dakwah melalui wadah yang lebih holistik secara cyber seiring dengan peredaran globalisasi dewasa ini. Insyallah dengan terbinanya laman yang ringkas tetapi insyallah akan dimanafaatkan semaksimum mungkin utk seluruh umat islam seisinya. Kepada warga PPAI, dengan adanya laman blog ini bukan sahaja dapat memberi satu ruang yang lebih fleksibel kepada semua individu dalam membentuk pembinaan insan kamil yang lebih cemerlang dengan adanya lontaran pendapat atau idea-idea yang bernas agar dapat dikongsikan bersama insyallah. Saya selaku moderator yang diamanahkan buat sementara akan cuba sedaya upaya mengemblingkan buah fikiran serta tenaga semampu yang mungkin demi pembangunan insan kamil yang kita semua hasratkan, insyallah. Justeru itu sebarang komentar dan idea yang bernas dapat terus disalurkan dari masa ke semasa dengan niat yang seikhlas mungkin.... Wallahualam
 

blogger templates | Make Money Online