Saturday, February 6, 2010

Salam Ukhwah


Alhamdulillah, syukur ke hadirat Ilahi kerana telah diberi kesempatan dan ruang agar AJK PIBG PPAI sesi 2010 ini dapat menyalurkan sebarang maklumat dan aktiviti terancang dari masa ke semasa dalam konteks ingin menyampaikan dakwah melalui wadah yang lebih holistik secara cyber seiring dengan peredaran globalisasi dewasa ini. Insyallah dengan terbinanya laman yang ringkas tetapi insyallah akan dimanafaatkan semaksimum mungkin utk seluruh umat islam seisinya. Kepada warga PPAI, dengan adanya laman blog ini bukan sahaja dapat memberi satu ruang yang lebih fleksibel kepada semua individu dalam membentuk pembinaan insan kamil yang lebih cemerlang dengan adanya lontaran pendapat atau idea-idea yang bernas agar dapat dikongsikan bersama insyallah. Saya selaku moderator yang diamanahkan buat sementara akan cuba sedaya upaya mengemblingkan buah fikiran serta tenaga semampu yang mungkin demi pembangunan insan kamil yang kita semua hasratkan, insyallah. Justeru itu sebarang komentar dan idea yang bernas dapat terus disalurkan dari masa ke semasa dengan niat yang seikhlas mungkin.... Wallahualam
 

blogger templates | Make Money Online