Sunday, April 11, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik PPAI 2010


Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Sahsiah 2010 pada 11 April 2010 dengan jayanya. Majlis diserikan lagi dengan perasmian oleh En. Ridzwan bin Ahmad Timbalan SU Jabatan Zakat Negeri Kedah. Majlis yang berlangsung bermula pada 8.00 pagi sehinggalah 12.30 tghari dengan anugerah kepada puluhan pelajar yang cemerlang untuk sekolah rendah dan menengah termasuk UPSR,PMR, SPM, SPPM dan PMRI.....Syabas kepada semua pelajar yang cemerlang. Kelihatan kegigihan pelajar dalam mengharungi matapelajaran yang berjunlah sehingga 18 matapelajaran adalah sesuatu yang tidak mustahil. Semoga pendidikan akademik dan diniah dapat melahirkan pelajar yang terbina dari sudut akademik dan sahsiahnya demi perjuangan islam seterusnya. Agar kelahiran insan yang rabbani akan dapat dizahirkan melalui alam pendidikan di ISLAH ini insyallah. Semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan kepada semua warga PPAI. Aminnnnnnn

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke 4



Mesyuarat Kali Ke-4 telah dilaksanakan dengan jayanya di Bilik LTS PPAI pada 10 April 2010 mulai jam 9.00 pg - 1.00 ptg. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam menghasilkan satu output yang bernas lagi berkualiti insyallah. Semoga melalui musyawarah yang sedikit tetapi dapat menghasilkan kuantiti output yang bernilai tinggi. Syabas kepada semua AJK PIBG sesi 2010.
 

blogger templates | Make Money Online